MyFiRSt adalah satu sistem maklumat bersepadu secara spatial dan non-spatial yang berupaya untuk memaparkan maklumat bagi sumber dan biodiversiti perikanan darat serta marin secara dalam talian (web-based) ia menyokong paparan dalam platform desktop dan aplikasi mudah alih.
Meningkatkan Pengurusan Taman Laut dan Sumber Perikanan Negara melalui Pendekatan Berintegriti Berasaskan Big Data
Transformasi perkhidmatan Jabatan Perikanan Malaysia ke arah pendigitalan secara menyeluruh adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta efisiensi dalam setiap proses kerja. Langkah ini juga bermatlamat menggandakan produktiviti keseluruhan, terutama dalam memastikan permohonan diproses dengan lebih cepat, tepat, dan efisien. Sekali gus memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan kepada semua pihak yang terlibat.
Modul bersepadu yang baharu bagi sumber dan biodiversiti perikanan (darat & marin) yang komprehensif dan holistik dalam satu platform digital. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mencapai mana-mana modul