MyFiRSt-Janaan Maklumat Serta Data Saintifik

SOALAN LAZIM (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu MyFiRSt?

MyFiRSt adalah satu sistem maklumat bersepadu secara spatial dan non-spatial yang berupaya untuk memaparkan maklumat bagi sumber dan biodiversiti perikanan darat & marin secara dalam talian web-based dan menyokong paparan dalam platform desktop dan aplikasi mudah alih mobile apps.

Siapa yang boleh menggunakan MyFiRSt?

MyFiRSt boleh digunakan oleh agensi kerajaan, sektor swasta, akademik, dan individu yang memerlukan data spatial atau analisis berkaitan.

Apakah jenis data yang tersedia dalam MyFiRSt?

MyFiRSt menyediakan data seperti:

  • Data geospatial berkaitan dengan Biodiversiti Marin, Perikanan dan Taman Laut
  • Data berkaitan biodiversiti.
  • Data infrastruktur.
Adakah akses kepada sistem ini memerlukan pendaftaran?

Ya, pengguna perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun dan akses ke ciri-ciri yang tersedia di MyFiRSt.

Bagaimana cara untuk mendaftar?

Untuk mendaftar:

  • Klik pada butang "Log Masuk" di halaman utama.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran.
  • Hantar permohonan dan tunggu pengesahan melalui emel.
Apakah kelebihan menggunakan MyFiRSt?
  • Akses kepada data spatial Biodiversiti, Perikanan dan Taman Laut terkini.
  • Platform mesra pengguna.
  • Sokongan teknikal profesional.
Apakah pelayar web yang disokong oleh MyFiRSt?

MyFiRSt menyokong pelayar popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, dan Microsoft Edge.

Adakah data dalam MyFiRSt selamat?

Ya, MyFiRSt menggunakan protokol keselamatan terkini untuk memastikan data pengguna dilindungi. Rujuk Dasar Keselamatan.

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan teknikal?

Pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan mengisi borang di Modul Sokongan / Aduan.

Adakah MyFiRSt tersedia dalam versi mudah alih?

Ya, MyFiRSt boleh diakses melalui pelayar mudah alih, dan aplikasi khas yang tersedia di platform Play Store (Android) dan Apple Store (IOS).

Bagaimana saya boleh memuat turun data dari MyFiRSt?

Pengguna berdaftar yang dibenarkan boleh memuat turun data dengan:

  • Log masuk ke akaun.
  • Pilih data yang diingini.
  • Klik butang “Muat Turun”.
Adakah terdapat bayaran untuk menggunakan MyFiRSt?

Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan MyFiRSt.

Bagaimana saya boleh menghubungi pihak pentadbiran MyFiRSt?

Anda boleh menghubungi kami melalui:

  • Emel rasmi: bkopp@dof.gov.my
  • Nombor telefon: +603-8870 2499
Apakah perancangan masa depan untuk MyFiRSt?

MyFiRSt berhasrat untuk menambah lebih banyak data terkini, meningkatkan keupayaan analisis, dan memperkenalkan integrasi dengan teknologi baharu.

Apakah saya boleh mengakses semua modul MyFiRSt?

Bergantung kepada jenis pengguna. Jika terdapat keperluan untuk mengakses modul yang tidak boleh diakses, sila kemukakan permohonan anda dengan menghantar emel kepada myfirst@dof.gov.my .

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat umum taman laut?

Anda boleh mendapatkan maklumat umum mengenai taman laut di Submodul Maklumat umum taman laut. Maklumat dipaparkan dalam bentuk Peta dan Carian.

Apakah maklumat yang tersedia dalam Modul Pengurusan Taman Laut?

Maklumat yang tersedia adalah seperti berikut:

  • Kawasan-kawasan perlindungan marin seperti Kawasan Taman Laut, Pulau-pulau Taman Laut, Santuari, Zon Konservasi dan Kawasan Perlindungan Mairn Lain.
  • Maklumat asas pelancongan di taman laut seperti Selam Skuba, Hotel dan Resort, Kaedah Pengankutan, Aktiviti, Kawasan Ikonik dan lain-lain.
Adakah saya boleh membeli Tiket Taman Laut melalui MyFiRSt?

Tidak, MyFiRSt hanya memaparkan Syarat dan Peraturan Aktiviti yang Dilarang di Taman Laut dan Kadar Fi Tiket sahaja. Anda boleh membuat pembelian dengan mengakses Sistem iPayment melalui Submodul e-Fi di Modul e-Services

Apakah maklumat yang tersedia dalam Modul Pengurusan Biodiversiti Marin?

Maklumat yang tersedia adalah seperti berikut:

  1. Kualiti Air Marin dan Sistem Amaran Pasang Surut
  2. Maklumat Inventori Spesis
  3. Maklumat Habitat Marin
  4. Spesies Marin Terancam
  5. Rehabilitasi Habitat
  6. Ancaman
  7. Maklumat Habitat dan Biodiversiti Berkepentingan
Jika saya mendapati adanya ancaman yang berlaku di sekitar perairan Malaysia, bagaimana saya boleh salurkan maklumat ancaman tersebut?

Aduan ancaman boleh disalurkan terus kepada Jabatan Perikanan Malaysia dengan mengisi maklumat ancaman di dalam Borang Ancaman / SPOT@SEA di Submodul Ancaman.

Dimana saya boleh membuat permohonan Program Rehabilitasi Habitat?
Anda boleh membuat permohonan di Sub Modul Rehabilitasi Habitat dengan mengisi borang Permohonan Program Rehabilitasi Habitat.
Saya ingin menjalankan kajian dan Penyelidikan Habitat Marin, bagaimana saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Anda perlu mengisi maklumat kajian di Submodul e-Permit dalam Modul e-Services. Setelah lulus, anda akan diberikan permit untuk mejalankan kajian atau penyelidikan. Hasil dalan dapatan Kajian hendaklah dikongsikan semula kepada Jabatan Perikanan Malaysia dengan mengisi borang Penyelidikan Habitat di Submodul Habitat Marin dalam Modul Pengurusan Biodiversiti Marin

Boleh saya tahu, apakah spesies marin yang terancam di Malaysia?

Boleh, berikut adalah senarai Spesies Marin Terancam di Malaysia:

  1. Penyu
  2. Paus
  3. Lumba-lumba
  4. Porpois
  5. Ikan Yu
  6. Ikan Pari


Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang Spesies Marin Terancam di Modul Spesies Marin Terancam.

Saya terjumpa Spesies Marin Terancam terdampar/mati di sekitar pantai dan perairan. Adakah saya perlu melaporkan?

Ya, anda boleh melaporkan tentang kedamparan/kematian spesies tersebut di Borang Kedamparan/Kematian Spesies di Submodul Spesies Lain dalam Modul Spesies Marin Terancam.

Bagaimanakah cara untuk melakukan aktiviti pelepasan benih ikan di kawasan santuari ini?

Anda boleh membuat pelepasan benih ikan dengan mengisi borang Permohonan Aktiviti Pelepasan Ikan terlebih dahulu di Submodul Pelepasan Ikan.

Apakah senarai ikan yang BOLEH dilepaskan ke dalam santuari atau perairan umum yang lain?

Hanya ikan asli yang terdapat di santuari tersebut sahaja yang boleh dilepaskan. Walaubagaimanapun, dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai Jabatan Perikanan Negeri berkenaan spesies ikan yang dibenarkan sebelum aktiviti pelepasan dilakukan.

Senarai ikan yang boleh dilepaskan ke santuari/perairan umum:

  1. Kelah
  2. Jelawat
  3. Sebarau
  4. Baung
  5. Tengalan
  6. Lampam Sungai
  7. Temoleh
  8. Kerai Kunyit
  9. Temakang
  10. Tengas
  11. Ketutu
  12. Puyu
  13. Terbul
  14. Lomah
  15. Siakap
  16. Udang Galah
  17. Sepat Ronggeng
Apakah senarai ikan yang TIDAK BOLEH dilepaskan ke dalam santuari atau perairan umum?

Ikan yang tersenarai di senarai IKAN ASING, tidak boleh dilepaskan di peraiaran umum. Senarai IKAN ASING di Submodul Inventori Perikanan Darat dalam Modul Perikanan Darat.

  1. Piranha
  2. Silver Dollar
  3. Trout
  4. Peacock Bass
  5. Northern Pike
  6. Flower Horn
  7. Pacu/Bawal Merah
  8. Arapaima /Ikan Naga
  9. Sturgeon
  10. Red Claw (Cherax)
  11. Silver Perch
  12. Baung Ekor Merah
  13. Jade Perch
  14. Kap Rumput
  15. Lee Koh
  16. Kap Perak
  17. Kap Kepala Besar
  18. Bandaraya
  19. Rohu
  20. Tilapia
  21. Paddlefish
  22. Keli Afrika
Bolehkan saya mendapatkan maklumat santuari perikanan darat di Malaysia?
Boleh, senarai santuari atau kawasan perlindungan/konservasi boleh didapati di Submodul Santuari.
Saya mempunyai maklumat tentang aktiviti yang mendatangkan ancaman kepada habitat ikan darat. Bagaimana saya boleh menyalurkan maklumat tersebut?
Anda boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui Borang Kemasukan Ancaman di Submodul Pengurusan Ancaman.
Bolehkan saya mengakses Modul Pelan Pengurusan Perikanan?
Tidak, kerana modul ini adalah terhad kepada pengguna JABATAN PERIKANAN sahaja.