Dasar Privasi Aplikasi
Aplikasi Mudah Alih MyFiRSt (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”) ialah aplikasi yang dibangunkan di bawah Sistem Pengurusan Sumber Perikanan Malaysia (MyFiRSt) oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Aplikasi ini disediakan untuk kegunaan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dan orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi tujuan pengumpulan maklumat lapangan, pemantauan sumber perikanan, serta pengurusan permohonan perkhidmatan secara digital.
Aplikasi ini membolehkan Pengguna merekod data berkaitan biodiversiti marin, perikanan darat, taman laut, dan permohonan kajian secara terus melalui peranti mudah alih. Semua maklumat yang dikumpulkan akan digunakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi tujuan rasmi jabatan seperti pemantauan, analisis, dan pelaporan sumber perikanan.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, dan Apple App Store. Jabatan Perikanan Malaysia komited dalam memastikan maklumat peribadi Pengguna dilindungi sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan dasar keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat yang dikumpulkan melalui aplikasi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang dibenarkan dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran Pengguna, kecuali seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada myfirst@dof.gov.my
Tarikh Kemaskini : 20 Oktober 2025